Kelas ICT – Microsoft Office Power Point
6 April 2024 | Aktiviti TerkiniPada Jumaat, 5 April 2024, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felcra Sungai Ara telah mengadakan satu kelas ICT – Microsoft Office Power Point. Kelas ini diadakan bertujuan untuk memberikan penerangan, panduan dan latihan berkaitan dengan penggunakan Microsoft Office Power Point. Di awal kelas, mereka di berikan penerangan berkaitan dengan fungsi yang terdapat di dalam Microsoft Office Power Point.
Mereka juga diberikan penerangan berkaitan dengan cara untuk memasukan gambar, bentuk dan juga teks ke dalam slide yang terdapat di dalam Microsoft Office Power Point. Pada kelas ini, mereka diberikan latihan membuat slide berkaitan dengan Perdana Menteri Malaysia. Di akhir kelas ini, mereka telah memahami cara untuk menggunakan Microsoft Office Power Point.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: